Kelas E-learning - Uptoten games

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Uptoten Games. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan sebuah permainan kanak-kanak yang berasaskan pendidikan unutk peringkat umur 1 – 10 tahun.

Dalam kelas ini, pelajar diterangkan mengenai bahagian-bahagian yang terdapat dalam Uptoten seperti lagu kanak-kanak, kartun, mewarna, Boowa Koala Games untuk umur 0 – 6 tahun dan Games for Kids untuk umur 6 – 10 tahun. Selepas itu, mereka diminta untuk memasuki bahagian permainan yang mereka minati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali